Maandag 08 April 2013

Computer in Modern Life


Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita.Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di mana maklumat-maklumat boleh dihantar dengan cepat dan pantas serta memudahkan kerja-kerja pengurusan. Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi 2 telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat, ICT.

Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat,mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentukdan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakandengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.

Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie & Jansen, 1998; Heinich et al, 1999).

Penggunaan komputer yang meluas serta perkembangan sains dan teknologi maklumat hari ini banyak memberikan manfaat kepada paara pensyarah seperti mempelbagaikan bahan bantu mengajar (BBM), menyediakan Rancangan Pengajaran, merekod dan menyimpan maklumat pelajar, memproses markah ujian/peperiksaan, membuat semakan stok dan inventori peralatan/buku/BBM dan banyak lagi. Senario ini telah menimbulkan implikasi kepada pelaksanaannya di berbagai peringkat. Pada asasnya, tugas utama seorang pensyarah ialah menyampaikan ilmu pengetahuan, memperkembangkan kemahiran dan membentuk akhlak di samping tugas-tugas sebagai perancang, pengurus, fasilitator, pembimbing dan sebagai model untuk diteladani pelajar. Perubahan dan peralihan sistem pendidikan negara turut sama merubah fungsi dan peranan pensyarah pada hari ini. Pensyarah bukan sahaja lagi berperanan sebagai pengajar, pendidik dan pembimbing, malah telah berkembang ke tahap pengsosialisasian, penggalakan, pengilhaman, penyaluran nilai, penyemaian rasa hormat dan apresiasi kritikal dalam diri pelajar (Faridah Karim, 1999). Bagi melaksanakan tugas-tugas yang mencabar ini, pensyarah seharusnya bijak dan kreatif mendidik serta merancang pelbagai strategi, kaedah dan pendekatan terutamanya dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya pada sesatu masa itu dengan jayanya. Dari segi pengajaran, penggunaan teknologi maklumat memerlukan perancangan yang cekap dan efisien supaya pembelajaran dapat dimaksimumkan kepada setiap orang pelajar. Teknologi maklumat yang digunakan dalam pengajaran juga dapat memberi peluang pembelajaran yang lebih dinamis, menarik minat serta meningkatkan ilmu pengetahuan yang relevan dan berguna kepada pelajar. Pengajaran berintegrasikan komputer pada hakikatnya adalah melibatkan penggunaan komputer untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, di samping itu ia turut membawa dimensi baru dalam budaya mengajar dan budaya belajar di kolej malahan mengikut pandangan Abd. 3 Rahim (2000), beliau berpandangan bahawa pengajaran yang tidak mementingkan kreativiti di institusi pendidikan akan melahirkan insan yang tandus dengan daya imaginasi dan idealisme. Perubahan ini akan memberi cabaran kepada pensyarah bagi menguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran sebagai tuntutan pada hari ini agar dapat bersaing di peringkat global. Dengan itu, pensyarah pada hari ini harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan seiring dengan keperluan semasa supaya pengalaman yang sedia ada dapat ditingkat, dikemaskini dan diguna mengikut kesesuaian pelajar dan persekitaran masa kini. Kelebihan seseorang pensyarah dalam menyepadukan alat teknologi pendidikan seperti komputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan ransangan pelajar untuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajar berfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada pensyarah itu sendiri dalam proses pendidikan (Budin, Kendall & Lengel, 1986). Penyelidik percaya bahawa alat teknologi seperti komputer boleh diadaptasikan ke dalam pengajaran dan sebagai amalan pensyarah hari ini bagi mengatasi masalah beban tugas yang semakin mencabar itu. Justeru itu, inovasi dalam pendidikan adalah merupakan agenda penting bagi pensyarah untuk melaksanakannya selaras dengan apa yang terkandung di dalam misi reformasi pendidikan negara. Persoalannya kini ialah, walaupun pelaksanaan program komputer dalam pendidikan ini telah bermula sejak tahun 1998, agenda pendidikan yang dirancangkan ini didapati kurang berjaya dilaksanakan disebabkan banyak masalah yang timbul berkaitan dengan prasarana dan juga sikap dan penerimaan para pendidik sendiri (Abd. Rahman,1992; Fatimah, 1994 ). Walau bagaimanapun, Kolej Matrikulasi Pahang adalah sebuah kolej Matrikulasi baru yang dilengkapkan dengan segala prasarana ICT seperti komputer meja untuk setiap orang pensyarah, dewan kuliah dilengkapkan dengan kemudahan projektor tayangan, kemudahan akses internet yang baik dan kemudahan komputer di bilik bacaan asrama pelajar serta makmal-makmal komputer. Dalam kertas kerja ini, penyelidik beranggapan bahawa satu daripada cabaran yang penting untuk ditinjau ialah kesediaan dan kompetensi pensyarah melaksanakan teknologi canggih di peringkat Kolej Matrikulasi serta kekangan-kekangan yang wujud dalam usaha untuk mengaplikasi dan mengintegrasikannya dalam tugas pentadbiran dan pengajaran.

http://www.scribd.com/doc/36975106/Penggunaan-Komputer-Pada-Masa-Kini-Telah-Menjadi-Seperti-Sebahagian-Dari-Hidup-Kita

Geen opmerkings nie:

Plaas 'n opmerking